Duhai Muslimah..Tetaplah pada paksi Venus mu!

Usai mengendalikan slot bersama peserta kem yang telah saya kendalikan bersama peserta program AlQuran bertempat di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, malam itu saya terpaksa pulang lewat ke rumah, tidak seperti malam malam sebelumnya, kerana setelah hampir 3 minggu berprogram tiba tiba fasilitator pihak muslimat mahu mengadakan liqa’/perjumpaan di surau.Saya dan 2 orang lagi pengendali program kehairanan, tidak pernah pernah pula sebelum ini hendak berjumpa berbincang panjang lebar tentang program tiba tiba sahaja memanggil kami.

Saya memandang jam tangan saya, sudah hampir jam 12.15 tgh malam.

“Ish muslimat ni..tak boleh tunggu cerah besok ke..tengah tengah malam buta ni jugak dia nak buat meeting! “ saya merungut sendirian.

Memang hari itu saya sudah penat dan letih, yang saya nampak hanya mahu tidur sahaja.Namun muslimat itu bersungguh benar mengajak kami ber’meeting’ malam itu, saya gagahkan jua.

Saya bersama 2 orang lagi pengendali program bersama saya, salah seorangnya adalah ustaz bekas pelajar lepasan Azhar, berusia dalam lingkungan awal 30an yang saya panggil dia dengan panggilan ‘ustaz wan’ sahaja, dan seorang lagi senior saya di Darul Quran dan UIA, sekarang sudah bekerja sebagai seorang ahli farmasi di sebuah hospital di Kelantan, saya mesra memanggilnya dengan panggilan ‘Abang Wan’ sahaja, boleh dikatakan dia yang jadi ‘mastermind’ sepanjang program ini berlangsung.Oleh kerana kedua dua orang yang saya anggap sebagai abang ini mempunyai nama yang sama, jadi saya bezakan dua orang ini dengan panggilan di hadapan nama mereka sahaja.

Pertemuan malam itu diadakan di surau Muslimat kolej kediaman mereka, sewaktu kami tiba mereka telah sampai di surau itu, saya perhatikan bersama mereka 3 orang fasilitator, 2 orang fasilitator tetap dan seorang lagi saya tidak kenal, sepanjang tiga minggu kami berprogram tidak pernah pula saya melihat muslimat itu.Mungkin dia fasilitator tidak sepenuh masa, seperti kami.

Kami mengambil tempat di tengah surau, berhampiran tiang surau itu, sedangkan mereka di hujung, berhampiran pintu surau.Lalu Abang Wan memanggil mereka bertiga datang lebih dekat dengan kami, supaya lebih memudahkan mesyuarat, tidak perlulah kami semua termasuk mereka bercakap menjerit menjerit.Sudahlah kepenatan takkan nak menjerit jerit pula.

Tiba tiba muslimat yang tidak saya kenali itu menjawab;

“ Ooo..jadi kami yang datang dulu kena pergi tempat orang yang baru datang lah kalau macam tu ”

Terkedu sebentar saya.Muqaddimah yang baik untuk mesyuarat pada malam ini.

Lalu dia meneruskan mesyuarat tanpa mengendahkan permintaan kami.Kami tercengang cengang tidak mendengar apa yang dicakapnya.

“ Boleh dekat sikit tak..jauh sangat ni..” Abang Wan sedikit serius.

“ Nii jauh sebab tak Nampak ke, jauh sebab tak dengar “ Dia menjawab kembali.

“Apa susah sangat ke nak bangun dari tempat duduk tu..ke dah ‘berakar’ dah sampai tak boleh bangun “ bisik saya dalam hati.Bibit bibit kegeraman saya bermula.

Akhirnya dia mengalah.Lalu mereka bertiga datang lebih dekat lalu meneruskan mesyuarat.

Tujuan dia mahu mengadakan mesyuarat pada malam ini adalah kerana dia tidak berpuas hati melihat perjalanan program kami yang agak tidak tersusun dan adik adik sedikit berterabur.

“Saya nii dah banyak kali join program konsultan, sebelum ini pun saya pernah join program Training of  Trainers 2 kali saya ingat, satu di Kedah, satu lagi di Kelantan.Tak pernah pula saya tengok program terabur macam ini, adik adik bising semasa dalam dewan tadi.Macam mana ni fasilitator semua, takkan sebelum ini tak pernah handle program? ”

Tersentak saya.Kami bertiga diam.Saya memandang Abang Wan.Dia tunduk, saya lihat pula Ustaz Wan, dia juga tunduk merenung telefon bimbitnya.

Saya pandang pula mereka bertiga di depan saya, enam mata kesemuanya tepat memandang saya.

“Allah..kena aku kali ni!” nampaknya saya lah kali ini terpaksa menjadi galang ganti untuk menjawab persoalan muslimat itu tadi.

Saya sebenarnya tidak faham mengapa dia terlintas mengatakan program yang kami kendalikan begitu tapi saya cuba menyusun kata, supaya dapat menjawab soalan dia yang tanpa ada muqaddimah terus masuk ‘menyerang’ kami.Dalam keletihan dan mengantuk saya cuba gagahkan diri memberikan penjelasan.

Saya menjelaskan kepada mereka bertiga dan terutamanya kepada ‘si dia’ yang memberi kritikan tadi.Memang saya, kami akui program yang kami kendalikan itu sedikit berterabur, kurangya kawalan kepada peserta peserta kerana adanya masalah teknikal daripada pengurusan induk syarikat penganjur program ini.Saya dan 2 orang lagi ustaz itu pun datang di pertengahan program itu, setelah dihubungi untuk membantu mengendalikan program itu, walhal sepatutnya yang bertanggungjawab mengurus sepenuhnya adalah siswa dan siswi disana! Namun kerana komitmen belajar, kelas dan sebagainya menyebabkan siswa dan siswi ditempat ini yang saya anggap masih ‘adik adik’  tidak mampu untuk memberikan komitmen sepenuhnya, Cuma 2,3 org sahaja yang saya kelihatan sentiasa datang, itu pun muka yang sama setiap hari.Tidak mengapalah saya bersangka baik sahaja kepada mereka.

“Memang, memang sebelum ni saya pun pernah pergi program program konsultan, di kampus saya, berbelas belas kali saya mengendalikan program, nii Abang Wan ini, senior saya di Darul Quran lagi, di UIAM lagi, lagi banyak pengalaman dia daripada saya..” saya pun cuba ‘mengangkat’ diri, supaya tidaklah dia terlalu ‘under estimate’ sangat kepada kami ini, jangan hanya fikirkan dia seorang sahaja dalam dunia ini pergi Training of Trainers itu.

“ Cuma situasi disini adik adik pelajar berbeza ‘background’, sebelum ini pengalaman saya menghadapi siswa siswi yang kita boleh tangani dengan hujah akal, secara intelektual, tapi ini adik adik terutamanya lelaki tengah membesar, pelbagai masalah seperti merokok, buli membuli, kecurian,pukul memukul, walaupun hanya beberapa orang yang bermasalah jadi dengan tenaga kami yang tidak berapa ramai, ianya menjadi suatu yang berat juga untuk kami tangani, mungkin adik adik perempuan ada juga bermasalah, tapi bilangan peserta tidak seramai kami mungkin lebih senang untuk diuruskan..” saya cuba mereguk sabar dalam penjelasan saya.

“ Kami juga ada masalah ustaz, muslimat 2,3 orang ramai menjawab, kurang ajar dengan kami fasilitator, hilang sabar juga kami dibuatnya! ” mencelah salah seorang daripada mereka bertiga.

“ dan kami dapat selesaikan dengan cara elok, kami panggil mereka berjumpa dengan kami, ‘slow talk, face to face, cuba kaunseling, Alhamdulillah kami dapat tangani dengan baik..” kata si ‘dia’ itu tadi.

Saya tersenyum sahaja.

“ Iyalah, setakat menjawab mulut, kurang ajar apalah sangat, kalau dibuat laporan polis pun, tiada polis yang mahu melayan, kalau kes curi mencuri, buli, pukul memukul memang konfem kalau report polis ke lokaplah jawabnya! “ bisik saya dalam hati.

Kepenatan yang melanda, mengantuk membataskan kami, terutamanya saya untuk berbincang dengan baik, apatah lagi abang abang berdua itu lebih banyak mendiamkan diri, tunduk sahaja sepanjang mesyuarat itu berlangsung sungguh menghairankan saya.Tidak pernah mereka berkelakuan sedemikian, semacam terkena ‘pukau’ pula nampaknya mereka!

Tiba tiba dia bertanya pula kami, bagaimanakah kami menggunakan pendekatan menangani masalah remaja remaja itu.

Saya tunduk.Kali ini saya nekad mahu biarkan abang abang itu menjawab pula.Tidak adil pula saya seorang menjawab, mungkin mereka ada jawapan yang lebih baik daripada saya.

Senyap.

Saya pandang mereka, tiada apa apa reaksi.Saya pandang muslimat di hadapan saya, mereka memandang saya kembali sehingga akhirnya saya tidak tahu kemana akhirnya harus pandangan saya ini dilemparkan.

“ Baiklah..remaja lelaki ini macam macam cara kami gunakan, sebab mereka sudah melampau sangat, seperti semalam, kami sudah denda mereka yang bermasalah di tengah tengah padang sehingga pukul 2 pagi, untuk menyedarkan mereka..” saya menjawab ringkas.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.Apakah saya baru memberitahu mereka suatu yang aneh? Kehairanan saya dibuatnya!

“ Bukan apa, adik adik ni mereka perlukan kasih sayang, kita kena banyak berlembut dengan mereka, sebab mereka kekurangan kasih sayang, jadi kita kena tangani dengan cara keibuan menghadapi mereka ini..”ungkap si dia.

Mahu sahaja saya tergelak di situ.Saya pandang abang abang itu, mereka senyum sinis.

Tapi pada masa sama saya amat geram dengan dia, mengajar kami satu persatu, apatah lagi berhadapan dengan abang abang yang saya fikir 10 tahun lebih tahun daripadanya, seolah olah ustaz ustaz atau abang abang yang bersama ini tidak tahu apa apa, tidak pernah mendalami ilmu psikologi, sedangkan dalam kalangan abang abang ini mereka sudah punya anak sendiri, dan saya yakin ustaz yang saya anggap abang ini punya pengalaman, asam garam sendiri mendidik anak anak.Sedangkan si dia itu tadi hanya bercakap berdasar teori semata.

“ Macam kami, kami tangani masalah adik adik perempuan ini banyakkan bercakap, bersua muka, hati ke hati..dan Alhamdulillah kami dapat atasi dengan baik..”dia menyambung.

Bukanlah saya mahu menafikan apa yang dia perkatakan itu, tetapi saya tertanya tanya sejak bilakah pula orang membanding banding cara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan ini.Setahu saya cara mendidik anak lelaki dan anak perempuan ini berbeza sekali caranya.Bukan kami tidak pernah cuba, berkali kali kami cuba berdiplomasi dengan pelajar ini, saya pun tahu semua itu, tapi akhirnya kepala kami jugalah yang dipijak mereka.Slow talk, hati ke hati, saya yakin Ustaz Wan seorang pelajar ijazah dakwah lepasan Azhar cukup masak bagaimana mahu mendampingi, menambat hati mad’u, dan saya perhatikan caranya sungguh halus, cermat, tidak pernah meninggi suara pada pelajar disitu.Saya pula, memang saya akui saya agak agresif menangani pelajar disini, mungkin kerana sejak di bangku sekolah menengah lagi saya sudah terbiasa dengan cara sebegitu, terbawa bawa hingga ke dalam program seperti ini pula.Manakala Abang Wan pula, seorang ahli perubatan, sudah pasti walaupun dia tidak mendalami sedalamnya ilmu psikologi, namun perbuatannya dan cara dia melayan pelajar pelajar disitu, sebenarnya adalah aplikasi ilmu psikologi, saya melihat dia menjadi dua watak berbeza, sekejap tegas, sekejap berlembut dalam menanggapi masalah masalah pelajar di situ.Tiada apa yang silap saya rasa dengan pendekatan kami.

Jam sudah hampir pukul 1 pagi.Mata saya sudah berat, runsing bagaimana saya mahu menunggang motor pulang ke rumah saya, besok pukul 8 pagi saya harus sampai di sini kembali.

Keadaan kembali senyap.

“ Beginilah, jikalau kita asyik salah menyalahkan antara satu sama lain, mencari salah siapa, saya rasa ia hanya membuang masa kita apatah lagi mahu berbincang perkara yang sudah lepas, program kita ini pun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, jadi saya rasa lebih baik kita berbincang bagaimana kita harus membaiki keadaan program kita ini,dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi kita berharap mungkin pengalaman ustazah boleh membantu kami untuk merubah perangai dan karenah pelajar pelajar disini dan ustazah ada cadangan lebih baikkah bagaimana kita maghu memperelokk program kita ini?” saya bersuara.Tidak mahu memanjangkan isu, saya cuba membawa mesyuarat itu kearah penyelesaian.

Mereka tidak menjawab soalan saya itu, sebaliknya terus ‘menyerang’ dan salah seorang daripada mereka merungut kerana beban kerja yang tidak seimbang, mereka kepenatan dan tenaga kerja amat kurang, menyebabkan mereka sering menghadapi tekanan.Saya lihat bersungguh sungguh fasilitator muslimat itu mengadu masalah kepada kami, separuh menangis dia bersuara.

Kasihan.Memang kepenatan.Saya faham bila sudah 3 minggu menjadi fasilitator sepenuh masa, tidur yang tidak cukup, pelbagai masalah peserta, perkara yang kecil pun boleh menjadi tekanan seandainya tidak di tanggapi dengan baik.

Kami bertiga berdiam diri sahaja.Tidak tahu mahu bercakap apa lagi.Lain yang ditanya lain yang dijawab pula.Mahu sahaja saya meminta agar mesyuarat ini dihentikan sahaja, membuang masa sahaja, lagipun malam semakin larut.Badan semakin penat.Lebih baik saya tidur sahaja di rumah.

“ Ermm tidak mengapalah ustaz..orang lelaki memang macam itu, akan tetap dengan egonya, tidak mahu dengar teguran kami muslimat ni, tapi ingat, kami muslimat pun ada ego kami sendiri! ” si dia itu tadi bersuara lagi.

Berdesup rasanya masuk kedalam hati saya setiap patah perkataan yang diungkapkannya tadi, bukan masuk ke dalam telinga, tapi ke dalam hati.Mengapa dia ini tidak puas hati dengan kami, tidak hormat langsung pada kami yang lebih tua padanya.Pada abang abang, pada ustaz yang jauh lebih berumur daripadanya.Baru berumur 19 tahun, ingat kami ini sekelas dengannya kah?

Tidak puas dia mahu menyimbah minyak ke dalam api.

Saya diam sahaja selepas itu, hilang mood mahu berbincang elok dengannya.Lebih baik saya diam sahaja.

Ustaz Wan akhirnya bersuara, dia menjelaskan keadaan sebenar, saya Nampak dia cuba menahan sabar, dalam penerangannya bernada tegas bercampur kesal, mengapa perkara ini boleh terjadi, tapi saya tahu dia benar benar memendam rasa, setelah memberikan penjelasan, Ustaz Wan itu bertanya muslimat akan slot muhasabah pada malam esok, bagaimana harus mahu dikendalikan, mahu bergabung dengan musliminkah atau mahu diadakan berasingan.

Lalu Abang Wan cepat cepat bersuara, berkeras mahu slot muhasabah pada malam esok diadakan berasingan.Biar sahaja muslimat itu handle slot muhasabah bersama peserta perempuan malam esok.

“ Macam mana ustazah, boleh ke kita buat asing malam besok, mungkin ustazah boleh handle dengan sifat keibuan sedikit, kalau kami yang handle lain pula jadinya” tanya abang wan separuh menyindir.

Mereka mengangguk angguk separuh yakin, antara yakin atau tidak.Pada mulanya mereka mahu kami sahaja yang handle, namun soalan abang wan itu seolah olah menjadi cabaran kepada mereka, lalu mereka sanggupkan sahaja.

bersambung..

Advertisements

9 responses to “Duhai Muslimah..Tetaplah pada paksi Venus mu!

  1. Nak gelak bole…?….

    Hahaha…

    Anywhere….aku rase mu nok sambung ke dok, mcm dok jah… Hahaha…

    Pointsnye mmg jelas..tq….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s